Khamis, 26 Februari 2009

GAMBAR PEMENANG


Pasukan yang berentap di perlawanan akhir, Tanta dan Pahang. Tanta menang dengan keputusan sepakan penalti 8-7
juara : TANTA
naib juara : PAHANG



tempat ketiga : SHOUBRA

Rabu, 25 Februari 2009




Isnin, 23 Februari 2009

KEPUTUSAN PENUH LIGA PUSINGAN PERTAMA










Gambar menunjukan seorang pemain Mansura, Arifuddin cedera ketika menentang pasukan Pahang. Keputusan Mansura menang 1-0

















KEPUTUSAN HARI PERTAMA


UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS KLIK PADA PAPARAN

Sabtu, 21 Februari 2009

KEJOHANAN PIALA PRESIDEN 09



20 Februari-Pertandingan bola sepak bagi merebut Piala Presiden PMRAM akan berlangsung bermula 22 hingga 26 Februari ini bertempat di Istad Syarqiah, Zaqaziq. Apa yang lebih menarik turut diadakan bazar. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh atau Ustaz Muhamad Lokman Sulaiman (0111235115). Sempena kejohanan ini, pihak urusetia turut mewujudkan blog yang boleh dilayari www.pialapres09.blogspot.com.
petikan : laman web PMRAM

Khamis, 19 Februari 2009

Jadual Kumpulan..

sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, 17 Februari 2009

Bazar Piala Presiden PMRAM 09


Semua dijemput hadir bagi merancakkan lagi program.Semoga program-program sebegini mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.syukran

Isnin, 16 Februari 2009

Format Pertandingan

1. Terbahagi kepada dua pusingan.
i - Pusingan awal
ii - Pusingan kedua

2. Pusingan Awal
i - Pasukan-pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut undian.
ii - Perlawanan diadakan secara liga.
iii - Masa permainan selama 20 minit : 10 minit separuh masa
iv - Mata perlawanan dikira :-
Menang 3 mata
Seri 1 mata
Kalah 0 mata

v - Kemenangan percuma memperoleh 3 mata dengan kiraan 2 gol.
vi - Jika terdapat 2 pasukan atau lebih , sama di dalam kedudukan mata :-
1) Jumlah jaringan tolak julah bolos ( agregat ) jika sama
2) Jaringan gol, jika sama
3) Kurang kad merah, jika sama
4) Kurang kad kuning, jia ada
5) Penalti 5 sepakan, jika sama
6) Undian

3. pusingan kedua ( suka akhir, separuh akhir dan akhir )

a) Perlawanan diadakan secar kalah mati.
b) Sekiranya seri, masa tambahan masa secara suddendeath akan dijadualkan.
c) masa perlawanan adalah 30 mini
- Separuh masa pertama 15 minit
- Separuh masa kedua 15 minit

4. Pengadil disediakan oleh pihak urusetia perlawanan.
5. Pejaga garisan hendaklah disediakan oleh setiap pasukan kecuali perlawanan separuh akhir dan akhir akan disediakan oleh pihak urusetia.

Syarat-Syarat Penyertaan Piala Presiden 09

Berikut adalah beberapa syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap pasukan :

1) Terbuka kepada seluruh ahli PMRAM serta pasukan-pasukan jemputan..
2) Penyertaan setiap pasukan hendaklah melalui borang penyertaan yang dikeluarkan oleh PMRAM dan disahkan oleh BKAN atau DPM.
3) BAKAN dan DPM hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
4) Setiap pasukan diangotai oleh 15 orang pemain termasuk simpanan dan 3 orang pegawai pasukan.
5) Nama pasukan adalah bercirikan PMARAM dan DPM.
6) Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap.
7) setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak LE 290.00 dan hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan.
8) Tarikh tutup penyertaan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 19 Februaru 2009 jam 11.30 tgh hari di pejabat PMRAM.
9) Undian perlawanan akan dijalankan pada 19 Februari 2009 jam 1.00 tgh hari di Dewan Rumah Terengganu.
10) Setiap pengurus pasukan diwajibkan hadir ke majlis taklimat perlawanan selepas majlis pengundian dijalankan.
11) Penambahan pemain tidak bolehdilakukan selepas perlawanan pertama setiap pasukan tersebut.
12) Pasukan yang menarik diri dikenakan bayaran LE 50.00

Jumaat, 13 Februari 2009

KEJOHANAN PIALA PRESIDEN 09

untuk paparan lebih jelas sila klik gambar

9 Februari-PMRAM akan menganjurkan perlawanan bola sepak Piala Presiden PMRAM bermula 22 hingga 26 Februari ini, demikian dinyatakan oleh Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh. Menurut beliau, perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di muhafazah Zaqaziq. "Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Zaqaziq akan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak tersbeut," ujar beliau.

PENGENALAN ZAGAZIG


Zagazig merupakan ibu kota bagi Syarqiah.Menurut penduduk setempat asal nama Zagazig dari sejenis ikan iaitu "Zagzug" yang banyak terdapat di sini ketika dahulu tetapi sumber yang lebih kuat,ianya diambil daripada nama pengasas Kafr Zagazig iaitu Sayyid Ahmad Zagzug Al Kabir sebelum kedatangan Sir Mohamad Ali dan keturunannya masih terdapat di bumi Zagazig sehingga kini.

Lambang kemegahan Syarqiah ialah kuda putih,melambangkan kedudukannya sebagai pengeluar baka kuda arab terbaik bukan sekadar di Mesir bahkan benua Arab.

Stadium Syarqiah (gambar) merupakan gelanggang yang bakal menjadi medan tempur bagi 20 buah pasukan yang akan beraksi tidak lama lagi.Kedudukan stadium ini yang strategik memudahkan kedatangan setiap pasukan ke sini.Stadium ini terletak di pusat bandar dan juga berhampiran dengan Universiti Zagazig.

Rujukan : Arkib DPMZ

About This Blog


  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP